Siapa saya? Who are you?
Pernahkah anda bertanya soalan sedemikian kepada diri anda sendiri. Jika jawapannya adalah Ya, adakah mudah untuk anda menceritakan atau mendefinisikan siapa diri anda yang sebenar? Jika Tidak, tanyalah soalan tersebut kepada diri anda.Saya pasti ramai di antara kita yang mengalami kesukaran untuk menyatakan siapa diri kita. Apatah lagi sekiranya anda memang tidak mengenali diri anda sendiri @ mungkin anda tiada idea tentang apa yang anda ingin catatkan. Pada masa ini, saya pasti pelbagai perkara bermain di benak fikiran anda. Jika anda ingin mengenali diri anda, apa kata mulakan langkah pertama dengan menulis
"Sewaktu saya kecil,......Kini, saya adalah...." atau "Saya seorang yang........".
Apa sahaja yang terlintas di fikiran anda catatkan sahaja. Di sini, tidak ada jawapan yang betul ataupun salah. Ia adalah berkenaan dengan diri anda sendiri. Saya berharap anda dapat bersifat jujur dan telus dengan apa yang anda catatkan. Teruskan menulis sehingga anda rasakan tiada apa lagi yang boleh ditulis. Sila baca kembali apa yang anda catatkan sebentar tadi. Sebenarnya catatan tersebut adalah sebahagian dari cerminan personaliti yang wujud dalam diri anda. Ia boleh lahir dari refleksi, persepsi bagaimana anda melihat diri anda atau mungkin catatan tersebut lahir dari situasi, pandangan orang terdekat (sahabat, famili, pensyarah) yang pernah mengungkapkan pandangan mereka terhadap diri anda.
Kita andaikan bahawa konsep 'personaliti' solah-olah tiga segi yang saling berhubung. Ia mempunyai elemen kognitif, tingkahlaku, dan juga emosi. Sebagai contoh, bayangkan anda sedang berfikir untuk mengikuti kelas tarian. Untuk itu, tindakan anda mungkin pergi mendaftar kelas tarian tersebut atau berjumpa dengan pensyarah yang mengajar untuk mendapatkan maklumat lanjut, seterusnya mungkin perasaan anda bercampurbaur sama ada patut atau tidak patut anda mendaftar kelas tersebut. Ketiga-tiga elemen ini boleh berkait antara satu sama lain pada masa yang sama ataupun berbeza.
Bagi memahami apakah yang dimaksudkan dengan personaliti, mari kita lihat akan pandangan pakar mengenai personaliti. Antaranya:
"personality is the inner psychological characteristics that determine and reflect how a person responds to his or her environment" -Kanuk & Schiffman, 2004.
Percaya ataupun tidak jika saya katakan bahawa, personaliti adalah seperti 'topeng' yang wajib dipakai oleh kita apabila kita berhadapan dengan dunia luar.
No comments:
Post a Comment